Dalam usaha melahirkan generasi
warga Malaysia yang celik ICT dan mampu bersaing di peringkat global, pelajar-pelajar kelas ICT perlu mempunyai sikap yang positif terhadap komputer.
Ini merupakan permulaan yang baik untuk pelajar ini menempuh arus kemodenan
yang semakin mencabar dalam bidang pendidikan. Ini juga menunjukkan bahawa
penggunaan komputer sebagai media utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ICT dapat diterima baik oleh pelajar.
Sikap yang positif ini juga penting terutama apabila penggunaan komputer telah diperluaskan ke dalam pelbagai mata pelajaran seperti Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Perakauanan. Di dalam erti kata lain, apabila pelajar telah mempunyai sikap yang positif terhadap komputer, maka mereka juga akan mudah menerima apa jua subjek yang diajar menggunakan komputer. Oleh itu, usaha dan pemantauan daripada pelbagai pihak adalah perlu untuk mengekalkan tahap yang tinggi pada sikap pelajar terhadap komputer dan untuk memastikan komputer terus digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dengan ini pelajar bertambah yakin dan mempercayai peranan komputer dalam kehidupan mereka. Apabila kepercayaan terhadap komputer telah terbentuk, secara tidak langsung mendorong pelajar untuk menggunakan teknologi komputer dalam kehidupan seharian.
No comments:
Post a Comment