Jelas sekali
tentang tahap kesedaran guru Bahasa Melayu terhadap teknologi ‘Augmented Reality’ (AR) dalam
pendidikan di paras yang rendah. Sungguhpun begitu, tidak menafikan
bahawa teknologi AR sesuai digunakan dalam pendidikan umum dan khususnya dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu.
Oleh
demikian, guru-guru pendidikan Bahasa Melayu perlu diberi pendedahan terhadap
teknologi AR untuk digunakan sebagai media pengajaran alternatif selain
daripada kaedah biasa yang digunakan. Memandangkan terdapat beberapa kenkangan
kemahiran teknikal dalam penghasilan sendiri bahan bantu mengajar, pihak
tertentu seperti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT) diharapkan dapat membantu bagi menyediakan lebih banyak kajian dan
penghasilan bahan bantu belajar kepada guru-guru.
Guru Bahasa
Melayu juga perlu bersedia dari segi kemahiran ICT yang diperlukan dalam
pembangunan aplikasi AR dan mengenal pasti konsep yang sesuai bagi penggunan AR
dalam pendidikan Bahasa Melayu, sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun
sekolah menengah amat perlu dijalankan bagi membolehkan teknologi ini
dioptimumkan penggunaannya dalam pendidikan Bahasa Malaysia.
Seterusnya sebarang
bentuk media pengajaran masa hadapan diharapkan dapat dijadikan lebih berinovasi,
menarik dan berkesan dalam dunia pendidikan Bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment